Khamis, 12 April 2012


Pengajaran menggunakan kaedah menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian.



Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1
KELAS /
MASA / MATA PELAJARAN

KANDUNGAN

IMPAK / CACATAN

1 SEROJA

( 4.30 – 5.30 )

BAHASA MALAYSIA


Tema  :  Mari  Bertani

Tajuk   :  Kebun Datuk Anas

Fokus Utama :
Standard Pembelajaran-
4.1.1  Menyebut dan memahami unsur seni
          dalam lagu melalui nyanyian secara
          didik hibur.

Fokus Sampingan :
Standard Pembelajaran –
1.5.1  Bercerita tentang sesuatu perkara
          dengan tepat, sebutan yang jelas dan
          intonasi yang betul menggunakan
          ayat tunggal.

Pengisian Kurikulum:

Nilai: Kerajinan                 Ilmu: Dunia Sains

KBT: Mengumpul dan mengelaskan ,
         membanding dan membeza, menjana
         idea.

Media: LCD-Slide powerpoint, senikata lagu,
            kad gambar, kad perkataan dan
            lampiran.

Kosa kata: lembu , kucing, kambing, burung,
                  ayam dan itik.


Objektif:  Diakhir pembelajaran ini murid dapat:

a.Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian dengan betul.

b. Bercerita tentang haiwan dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.



Langkah 1

1 .Guru memperdengarkan lagu ‘ Saya Ada   
    Kuda’.
2. Minta murid menyanyikan lagu tersebut
    bersama-sama dengan pergerakan.
3. Guru memaparkan pula gambar pada
    skrin.
 -  Minta murid menamakan haiwan-haiwan
    yang terdapat pada paparan dan
    berbincang tentang haiwan tersebut.



Lampiran 1
Lagu Saya ada kuda.
Lampiran   2




Langkah 2

1. Guru mempamerkan senikata lagu
    ‘ Datuk  Saya Ada Kebun’  dan    
      membimbing  murid membaca dan    
      menyebut senikata  lagu tersebut.

2. Murid dibimbing untuk menyanyikan lagu
    tersebut sambil melakukan aksi yang
    sesuai.

3. Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut
    secara kelas dan kumpulan sambil
    melakukan aksi.

Lampiran 3

Senikata lagu:
 ‘Datuk Saya Ada  
  Kebun’

Lampiran 4

P&P menyebut seni kata lagu dan menyanyi bersama-sama.



Langkah 3

1.Guru menyediakan 5 keping kad perkataan.
    ayam       itik     lembu


   burung    kambing
                           







2. Guru memilih seorang murid secara rawak.
     Murid diminta melekatkan kad perkataan
     pada gambar yang betul.

3. Murid menyebut kuat nama haiwan tersebut
    dan minta rakan mengikutnya.

4. Murid yang melekatkan kad perkataan
    diminta bercerita tentang haiwan yang disebut
    tadi.

5. Ulang aktiviti di atas dengan kad perkataan
    pada murid yang lain pula.


Lampiran 5

Kad perkataan dan kad gambar.














                            

Langkah 4

1.Guru menjalankan aktiviti permainan
   ‘ Sebutlah Saya’

Cara bermain:
a.    Murid dibahagikan dalam dua kumpulan.
b.    Edarkan kad gambar kepada kumpulan A dan kad perkataan kepada kumpulan B.
c.    Murid pertama dalam kumpulan A diminta memaparkan gambar yang ada padanya kepada kelas.
d.    Murid kumpulan B memilih perkataan yang telah diberi  dan menunjukkan kad tersebut sambil membaca perkataan tersebut kepada kelas.
e.    Ulang aktiviti sehingga semua kad habis dibaca.

2. Murid yang mendapat kad perkataan
    diminta membaca perkataan tersebut
    secara kuat diikuti rakan-rakan.






Lampiran   5
Kad gambar dan    kad perkataan






Penutup

1.Murid diminta menyanyikan semula lagu
   ‘Saya Ada Kuda’ dan ‘Datuk  Saya Ada Kebun’ 
   dengan sebutan yang jelas dan intonasi
   yang betul sebagai penutup